Kursus Cloud Accounting
Pelajari cara merekod akaun dan menghasilkan penyata kewangan perniagaan.


Perakaunan Mudah, Di Mana Sahaja
Mengurus akaun perniagaan seharusnya mudah dan efisien. Dengan perakaunan berasaskan awan (Cloud), anda boleh menyediakan sebut harga, invois, merekod perbelanjaan, dan menyelaraskan bank dengan cepat di mana sahaja. Anda boleh bermula secara percuma, dan hanya menaik taraf jika diperlukan untuk fungsi lebih ‘advance’, menjadikannya pilihan fleksibel dan kos efektif.
Perisian perakaunan berasaskan awan juga memudahkan pematuhan kepada peraturan percukaian digital seperti GST/SST dan e-Invois. Ia mempercepatkan proses invois, pembayaran, dan rekod kewangan, membantu perniagaan bersedia untuk masa depan yang lebih digital dan automatik.
Objektif Kursus
- Memahami konsep perakaunan asas dan kepentingan menyediakan akaun yang lengkap.
- Mempelajari cara mengurus dokumen dan fail secara fizikal serta menggunakan cloud.
- Menyiapkan dan mengurus Carta Akaun (Chart of Accounts).
- Menyediakan dan mengurus sebut harga serta invois jualan.
- Merekodkan invois pembelian dan perbelanjaan lain dengan tepat.
- Menjana laporan kewangan dan menganalisis prestasi kewangan perniagaan.
- Memahami asas percukaian, zakat, dan keperluan audit.
- Menggunakan telefon pintar untuk merekod akaun dan memantau kewangan perniagaan.
Hasil Pembelajaran
- Menggunakan perisian ‘Cloud Accounting’ untuk mengurus kewangan perniagaan anda dengan berkesan
- Menjimatkan masa dan kos dengan memudahkan proses perakaunan anda
- Meningkatkan prestasi kewangan perniagaan anda dengan membuat keputusan kewangan yang lebih baik
Kursus Untuk Siapa?
- Pemilik perniagaan kecil dan sederhana
- Usahawan yang memulakan perniagaan baru
- Kerani akaun/admin
- Freelancer & konsultan
- Pelajar
Kaedah Pembelajaran
- Latihan menggunakan pendekatan praktikal dan hands-on.
- Peserta akan menggunakan dokumen perniagaan sebenar untuk key-in akaun.
- Sokongan selepas kelas disediakan untuk memastikan akaun direkod dengan betul.
- Bahan kursus disediakan dalam Bahasa Melayu, dengan pilihan kelas dalam Bahasa Inggeris jika diminta.
- Fasilitator adalah pakar industri berpengalaman dan berkhidmat sebagai profesional serta jurulatih dalam bidang ini.
Prasyarat Kursus
- Tiada prasyarat khusus untuk kursus ini.
- Perlu tahu cara menggunakan komputer, telefon pintar, dan pelayar web.
- Perlu mempunyai alamat e-mel.
- Mesti membawa komputer riba (laptop) sendiri.
Tempoh Kursus
- Sehari (9.30am – 5.30 pm)
- Bimbingan (Support) selepas kursus
Yuran & Bayaran
- RM599 Seorang
- RM899 untuk 2 orang dari syarikat yang sama
- Bayaran secara online transfer selewat-lewatnya seminggu sebelum kursus
Outline Kursus
1. Pengenalan kepada Konsep Perakaunan
- Apakah perakaunan dan mengapa ia penting?
- Memahami Aset, Liabiliti, Modal, Pendapatan, dan Perbelanjaan
- Gambaran Keseluruhan Penyata Kewangan: Penyata Untung & Rugi, Kunci Kira-kira
2. Menetapkan Perisian Perakaunan
- Menyediakan profil syarikat, cukai, dan butiran bank
- Memahami bahagian utama: Papan Pemuka, Jualan, Pembelian, Perbankan, Laporan, dan Tetapan
- Mengkonfigurasi Carta Akaun
3. Mengurus Transaksi
- Membuat dan mengurus pelanggan, sebut harga dan invois jualan
- Merekod dan menjejak vendor, perbelanjaan dan bil
- Mengurus penerimaan dan pembayaran
- Merekod akaun melalui applikasi telefon pintar
4. Pengurusan Bank & Aliran Tunai
- Menyelaraskan transaksi bank
- Menjejak aliran tunai: penerimaan dan pembayaran
5. Transaksi 'Advance'
- Aset tetap dan susut nilai
- Merekod pinjaman dan bayaran balik
6. Menjana Laporan Kewangan
- Menjana laporan kewangan (kunci kira-kira, penyata untung rugi, aliran tunai)
- Menganalisis data kewangan untuk membuat keputusan perniagaan yang tepat
7. Laporan Akhir Tahun
- Menutup akaun pada akhir tahun
- Bersedia untuk pemfailan cukai dan audit
Topik Bonus:
- Pengurusan dokumen dan fail
- Pengenalan E-Invois
- Memilih sistem perakaunan yang tepat

Mohd Irwan Syah
Chartered Accountant (MIA)
ASEAN Chartered Professional Accountant (ACPA)
Accredited Trainer (HRDC)
Certified Digital Transformation Professional (CDTP)
Bachelor of Accounting (UPM)
Master of Economics (UPM)
Pengajar
Mohd Irwan Syah merupakan Pengarah Urusan Maxoft Sdn. Bhd. dan Partner di Irwan & Co. (Firma Perakaunan). Beliau berpengalaman lebih 15 tahun dalam bidang perakaunan, kewangan, dan transformasi digital. Irwan juga berpengalaman menggunakan perisisan perakaunan seperti AutoCount, UBS, Synergy Accounting, SQL, Zoho Books, QuickBooks, dan lain-lain.
Beliau telah melatih ribuan peserta dan perniagaan dari pelbagai industri dan organisasi di seluruh negara. Irwan komited dalam membantu perniagaan kecil dan sederhana mengurus kewangan dengan cekap melalui penggunaan teknologi dan perakaunan digital.

Afiliasi/Akreditasi/Jaringan Pengajar
Perisian yang Digunakan untuk Kursus Ini
Tarikh & Lokasi Kursus

Bandar Baru Bangi, Selangor
Sesuai untuk peserta dari Lembah Klang dan seluruh Semenanjung Malaysia.
- 10 Dis 2024 (Selasa)
- 21 Dis 2024 (Sabtu)
- 7 Jan 2025 (Sabtu)

Kota Kinabalu, Sabah
Peserta dari Sabah, Sarawak & Brunei boleh mengikuti latihan dengan mudah di lokasi ini.
- 30 Nov 2024 (Sabtu)
- 14 Dis 2024 (Sabtu)
- 30 Dis 2024 (Isnin)

Di Lokasi Anda atau Online
Latihan boleh dijalankan secara atas permintaan dengan minimum 3 peserta. Latihan ini juga boleh dilakukan di pejabat klien untuk keselesaan dan kemudahan peserta.
- Onsite
- Online
TESTIMONIAL
What our clients are saying:


Borang Pendaftaran Kursus Akaun
RM 599 Sahaja
Harga Asal RM 999
Hubungi Kami
Maxoft Sdn. Bhd.
Irwan & Co | Chartered Accountants
(West Malaysia Office)
- 03-8925-9995 / 019-645-2704
- Maxoft (Main Office)
(East Malaysia Office)
- 088-213-477 / 014-354-2034
- Maxoft (East Malaysia)
Media Sosial
